• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Jajaran ECRL Sudah Dimuktamad, Tiada Lagi Perubahan

oleh Mohd Arshad
13/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Tiada lagi perubahan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas ini, setelah ia dimuktamadkan sepenuhnya dengan paling akhir membabitkan laluan di Selangor iaitu Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ka Siong berkata, beliau telah menandatangani kelulusan penuh Skim Keretapi Jajaran C2 pada petang Rabu, selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengemukakan permohonan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL.

“Kelulusan ini membolehkan kerja fizikal di Seksyen C2 dimulakan pada suku pertama tahun ini kerana kita tidak mahu menangguhkan lagi kerja untuk memastikan pembinaan ECRL dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada Disember 2026.

“Dokumen (kelulusan penuh Skim Keretapi) adalah dokumen mengikut akta dan kerja seterusnya akan berpandu kepada dokumen ini sehingga selesai. Ini tidak mengira apa juga pilihan raya yang berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan Terowong Genting bagi laluan ECRL, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang juga Pengerusi MRL, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman serta Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwish Abdul Razak.

Ka Siong berkata demikian ketika ditanya kemungkinan berlaku perubahan jajaran ECRL selepas pilihan raya umum (PRU), seperti yang berlaku selepas PRU ke-14 apabila ia diubah untuk melalui Negeri Sembilan sebelum kembali ke laluan asal selepas berlaku perubahan pentadbiran negara.

Kelulusan penuh Jajaran C2 itu juga, menurut Ka Siong telah melalui sesi pemeriksaan awam selama tiga bulan bermula September yang mana sebanyak 12,652 daripada 12,797 responden atau 98.87 peratus menyatakan sokongan, dengan bilangan kecil membantah kerana jajaran itu merentasi rumah atau tanah mereka.

Pada perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas bertujuan memastikan penglibatan rakyat dan syarikat tempatan serta syarikat Bumiputera dalam kerja pembinaan ECRL diketuai ketua setiausaha kementeriannya supaya limpahan pelaksanaan projek mega itu dapat dinikmati rakyat tempatan.

Ditanya jika perjalanan projek ECRL terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini, Ka Siong berkata, kesan banjir tidak begitu signifikan kerana lokasi pembinaan tidak terkesan, membolehkan MRL dan kontraktor utama China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) menghantar jentera bagi membersihkan kesan banjir sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sementara itu, mengulas mengenai Terowong Genting yang juga terowong rel terpanjang negara, Ka Siong berkata, kerja pengorekan terowong berkembar sepanjang 16.39 kilometer (km) itu akan bermula Mac ini, sebaik sahaja kerja pemasangan dua mesin pengorek terowong (TBM) yang direka khas untuk kegunaan batuan keras itu siap, dengan jangkaan kerja tersebut lengkap selepas tiga tahun.

Menurut Ka Siong, TBM buatan China itu direka khas dan telah menjalani ujian kilang menyeluruh di situ sebelum sampai ke Malaysia pada Julai lepas menerusi Pelabuhan Klang, Selangor dan akan melalui pemeriksaan serta siri ujian pentauliahan termasuk ujian penerimaan tapak sebelum dibenarkan beroperasi.

“Mesin TBM berteknologi tinggi ini seberat 1,600 tan dan berukuran 266 meter panjang menjadikannya sebagai TBM terbesar untuk kerja pengorekan terowong laluan rel di Malaysia. Ia melibatkan tiga tugas utama iaitu menggali terowong, mengangkut sisa ke permukaan dan memasang dinding konkrit,” katanya.

Berhubung tahap kemajuan kerja, Ka Siong berkata, setakat Disember lepas, ECRL keseluruhannya sepanjang 665 km mencatatkan tahap kemajuan sebanyak 26.49 peratus didorong oleh kerja pembinaan melibatkan Jajaran Seksyen A dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu dan Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, Pahang.

Sementara itu, Mohd Zuki menerusi ucapannya berkata, Terowong Genting yang merentasi Banjaran Titiwangsa dengan sebahagian besar iaitu 10 km terletak dalam Pahang adalah terowong pertama ECRL dikorek menggunakan kaedan TBM berbanding kaedah gerudi dan letup yang digunakan sebelum ini.

-Sinar Harian

Tags: ECRLJajaran ECRLMuktamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd