• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Omar Siddiq Dilantik Ketuai HSBC Bank Malaysia

oleh AK-47
12/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : HSBC Bank Malaysia mengumumkan pelantikan Omar Siddiq sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

Beliau menggantikan Stuart Milne, yang akan bersara pada akhir Mac 2022 selepas 40 tahun bersama dengan HSBC Group.

Omar adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Borong Kumpulan di CIMB Group Holdings Bhd.

Sebelum menyertai CIMB, beliau adalah Ketua Perbankan Borong Kumpulan di RHB Bank Bhd dan juga adalah bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Malaysia Airlines.

Beliau juga menyandang jawatan dalam Bahagian Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd dan adalah ahli pasukan pengurusan kanan yang memberi tumpuan kepada sektor penerbangan dan lapangan terbang.

Ketua Eksekutif Bersama HSBC Asia Pasifik, Surendra Rosha, berkata pihaknya mengalu-alukan Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi HSBC Bank Malaysia untuk menerajui kami fasa pertumbuhan selanjutnya.

Beliau berkata, Malaysia membentangkan peluang besar merentasi beberapa bidang tumpuan strategik utama HSBC, pertumbuhan di ASEAN, kewangan mampan dan inovasi digital.

“Pengalaman luas dan pengetahuan mendalam Omar mengenai pasaran tempatan bernilai apabila kami mengukuhkan operasi Malaysia kami untuk menyokong cita-cita pertumbuhan Asia kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Omar berkata, beliau teruja untuk bekerja secara bersama pasukan pengurusan dan juga Lembaga Pengarah untuk membangunkan momentum semasa bagi memenuhi potensi yang lebih besar.

Omar akan melaporkan kepada Rosha dan akan menyertai Lembaga Pengarah HSBC Bank Malaysia Bhd dan HSBC Amanah Malaysia Bhd sebagai Pengarah Eksekutif, serta ahli Jawatankuasa Eksekutif Asia Pasifik.

-Berita Harian

Tags: HSBC Bank Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd