Sesiapa yang mahu membuat pelaburan pasti mencari pelaburan yang selamat dan diramal menguntungkan. Tiada pelabur mahu membuat pelaburan yang dijangka mencatat kerugian.
Begitu juga dalam politik. Setiap parti politik akan mencari ‘pelaburan politik’ yang menguntungkan. Tiada parti politik mahu mengorak langkah yang merugikan.
Sebab itu apabila Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengusulkan supaya parti Itu menyertai gabungan BN bagi menghadapi PRU Ke-15 bukan sesuatu pengumuman yang memeranjatkan.
PBM pasti telah meramalkan BN akan menang PRU-15 dan kembali menerajui kerajaan Malaysia kelak kerana tiada alasan politik jauh lebih realistik dan logik berbanding itu.
Culaannya mudah sahaja iaitu BN dilihat kembali diyakini rakyat, PH pula kian hilang sokongan rakyat, manakala PN masih bergelut meraih kepercayaan rakyat.
Contoh paling hampir kemenangan besar BN pada PRN Melaka dan kemenangan mutlak bekas parti-parti komponennya pada PRN Sarawak.
Berbanding PH hilang kebanyakan kerusi dimenangi pada PRU-14, manakala PN yang dianggotai Bersatu dan Pas boleh dinobat “total loser” walau menang dua kerusi.
Bagaimanapun BN jangan cepat poyo dan perlu berhati-hati sebelum menerima permohonan PBM kerana kebanyakan anggotanya bekas pemimpin PKR.
Malah bekas pemimpin PKR yang dilihat sealiran dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin.
BN kena ingat Azmin dan Zuraida sejak Langkah Sheraton merupakan orang kanan@orang kepercayaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bersatu yang dilihat ramai pihak cuba untuk menguasai UMNO melalui muslihat jalinan kerjasama politik, namun masih menemui jalan buntu hingga hari ini.
Maka BN harus berwaspada kerana dibimbangi PBM sebenarnya membawa agenda Bersatu menggunakan pintu belakang selepas gagal membolosi pintu depan.
-Mynewshub

