• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggiliran Hadir Bersemuka Di Sekolah Tindakan Progresif

oleh Mohd Arshad
09/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Pendekatan Kementerian Pendidikan (KPM) masih menggunakan kaedah penggiliran bagi kehadiran secara bersemuka untuk pelajar ditetapkan dalam pengoperasian sesi persekolahan kali ini, adalah tindakan progresif dan cermat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menjelaskan tempoh pelaksanaan kaedah penggiliran itu adalah bergantung pada keadaan semasa perebakan COVID-19.

“Kita seboleh-bolehnya tidak mahu penggiliran, namun ia perlu dilakukan selepas mengambil kira semua keadaan, termasuk penularan COVID-19 dan varian Omicron.

“Pendekatan KPM setakat ini adalah tindakan progresif yang bergerak ke hadapan tetapi cermat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail sempena pengoperasian hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 di Kelantan, hari ini.

Bagaimanapun, Radzi berkata, KPM mengambil langkah ke hadapan dengan menetapkan golongan pelajar yang tidak lagi perlu menjalani penggiliran pada sesi ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi pelaksanaan kerja membaik pulih sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir baru-baru ini.

“Untuk kerosakan kecil, kita akan menggantikan segera termasuk kerusi atau meja. Namun bagi kerosakan besar, KPM akan bekerjasama dengan KKR,” katanya.

-Berita Harian

Tags: pembukaan sekolahPenggiliran Hadir Bersemuka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Wanita Desak Taliban Buka Semula Sekolah

26/03/2022
0

KABUL: Seramai 24 pelajar perempuan mengadakan protes sambil melaungkan ‘buka sekolah’ di ibu negara Afghanistan, hari ini. Protes dibuat bagi...

PPD Diarah Buat Penilaian Kesediaan Pembukaan Sekolah Terjejas Banjir

05/01/2022
0

KOTA MARUDU : Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan yang terbabit dengan banjir di Sabah diarah membuat laporan segera mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd