• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Ayam, Telur Naik: Kerajaan Jamin Jaga Kebajikan

oleh AK-47
08/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau kenaikan harga ayam dan telur sekali gus memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan pengguna serta peniaga.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga ayam yang melibatkan kos operasi dipengaruhi oleh pasaran dunia sememangnya amat mencabar dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

“Saya mengambil maklum laporan media mengenai kenyataan saya berkenaan jangkaan kenaikan harga ayam dan telur di pasaran selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat pada 4 Februari ini.

“Perlu saya jelaskan bahawa kenyataan ini bukanlah sengaja diada-adakan, tetapi berdasarkan hasil maklumat yang diterima daripada sesi libat urus yang diadakan pada Khamis lalu bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kewangan, wakil Agro Bank dan wakil-wakil dari Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak (FLFAM).

“Melalui sesi itu, setiap pihak termasuk FLFAM telah membentangkan faktor-faktor kenaikan kos operasi penternakan ayam termasuk peningkatan kos makanan ayam di peringkat global dan kekurangan tenaga kerja akibat sekatan kemasukan pekerja asing bagi sektor ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Menurutnya, pelaksanaan SHMKM ini juga telah membebankan penternak yang terpaksa menyerap kos operasi yang lebih tinggi dan sekiranya diteruskan akan menjejaskan hasil pengeluaran ayam dan telur.

“Sekiranya keadaan ini berlaku, ini tentunya akan memberi kesan yang lebih buruk kepada pengguna akibat kekurangan bekalan ayam dan telur di pasaran. Dengan kurangnya bekalan, harga jualan juga akan meningkat,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan termasuk KPDNHEP sudah mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

“Pelaksanaan SHMKM yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2021 dan telah dilanjutkan selama 35 hari lagi berkuat kuasa 1 Januari hingga 4 Februari. Harga siling ayam sehingga 4 Februari adalah ditetapkan pada harga RM6.10 sekilogram di peringkat ladang, RM7.80/kg di peringkat borong dan RM9.10/kg di peringkat peruncit.

“MAFI juga sedang mengusahakan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.

“Selain itu, pemberian kemudahan pinjaman mudah atau ‘soft loan’ kepada industri penternakan ayam negara dengan peruntukan bantuan sebanyak RM262 juta untuk membantu peladang yang terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: harga ayamharga naikharga telurKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd