• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Punca 300,000 Alami Gangguan Unifi TV

oleh Mohd Arshad
04/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Insiden kebakaran sistem jana kuasa yang memberi kesan kepada perkakasan Bekalan Kuasa Tidak Terganggu (UPS) di Kompleks Telekom Malaysia Bhd (TM) teknologi maklumat (IT), Cyberjaya, menjadi punca kira-kira 300,000 penonton mengalami gangguan perkhidmatan unifi TV.

TM dalam kenyataan hari ini, berkata pasukan kontraktor dan jurutera sedang giat membaik pulih perkhidmatan berkenaan dan sambungan tenaga kuasa dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengahari hari ini.

Katanya, siaran unifi TV dijangka kembali pulih pada jam 3 petang ini, namun TMpoint Cyberjaya akan ditutup sementara waktu disebabkan bekalan kuasa rendah.

“Pada jam 9.50 malam tadi, perkhidmatan unifi TV mengalami gangguan perkhidmatan di seluruh negara disebabkan kebakaran sistem jana kuasa berkenaan. Namun, perkhidmatan TM dan unifi lain tidak terjejas.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran dan memastikan keselamatan premis. Kami menerima penilaian bangunan serta mendapat kelulusan yang berkaitan daripada bomba pada jam 4 pagi.

“Blok bangunan yang terbabit tidak beroperasi sepenuhnya pada waktu kejadian dan hanya beberapa anggota yang berada di lokasi itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui dan TM akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap proses siasatan seperti diperlukan pihak berkuasa.

Satu pengumuman segera sudah dikeluarkan di saluran media sosial TM untuk makluman kepada pelanggan terjejas, selain menggiatkan pembabitan perkhidmatan pelanggan untuk menjawab panggilan dan melayani sebarang pertanyaan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dihadapi pelanggan dan akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan anggota serta kontraktor diutamakan sepanjang proses baik pulih ini.

“Maklumat terkini boleh didapati di saluran media sosial TM atau layari laman web di https://unifi.com.my/unifi-alerts untuk kemas kini lanjut,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kebakaran Sistem Jana KuasaUnfiUnifi TV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd