• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Group Cadang Tukar Nama Kepada Capital A

oleh Mohd Arshad
04/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : AirAsia Group Bhd bercadang untuk menukar nama kumpulan kepada Capital A Bhd, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.

Cadangan pertukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember lalu.

“Bagaimanapun, cadangan pertukaran ini tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat pada mesyuarat agung yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

“Pekeliling kepada pemegang saham dengan butiran cadangan pertukaran nama akan dikeluarkan kepada pemegang saham dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia seharusnya tidak lagi hanya dikenali sebagai hanya sebuah syarikat penerbangan kerana mereka kini adalah kumpulan perkhidmatan digital.

Walaupun asasnya adalah industri penerbangan, tetapi kumpulan menawarkan lebih banyak perkhidmatan, seperti airasia Super App sendiri dengan lebih daripada 15 tawaran perjalanan dan gaya hidup berbeza yang melengkapi satu sama lain, serta cabang teknologi pendidikan yang terus berkembang iaitu airasia Academy.

Malah, ia juga mempunyai cabang kargo dan logistik yang semakin berkembang iaitu Teleport serta perniagaan perkhidmatan kewangan BigPay yang menawarkan penyelesaian teknologi kewangan yang mantap dan bakal menjadi bank maya pertama di ASEAN.

Dengan nilai syarikat yang ditaksirkan lebih daripada AS$1 bilion, perniagaan digital AirAsia Group telah mencapai status Unikorn dalam jangka masa kurang daripada 2 tahun sejak kumpulan mempercepatkan momentum pertumbuhan perniagaan bukan penerbangan semasa sekatan perjalanan berikutan pandemik yang melanda di seluruh dunia.

-Awani

Tags: AirAsia Group
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd