• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Rumah Musnah Dijilat Api Di Colorado

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLORADO: Kebakaran hutan sejak Khamis lalu terus marak di dua bandar di daerah Boulder dan Denver di Amerika Syarikat (AS), dengan tiga orang dilaporkan masih hilang serta dikhuatiri maut.

The Guardian melaporkan, bencana alam itu menyebabkan ribuan mangsa terpaksa berpindah selepas hampir 1,000 kediaman musnah dijilat api.

Pihak berkuasa memaklumkan, tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kehilangan penduduk diterima susulan kebakaran yang melanda kawasan metropolitan itu.

Tiupan angin selaju 160 kilometer sejam (km/j) menyebabkan api merebak ke arah timur ke pekan Superior dan Louisville sehingga menyebabkan penduduk di kedua-dua kawasan itu dipindahkan.

Dalam tempoh dua jam, api yang marak itu menyebabkan kawasan seluas 2,400 hektar hangus terbakar.

Sheriff daerah Boulder, Joe Pelle, berkata tiga mangsa yang dipercayai hilang itu tinggal di kawasan rumah yang musnah akibat kebakaran.

Asap masih boleh kelihatan di jalan-jalan yang disekat oleh tentera pengawal kebangsaan, dengan kebanyakan kawasan musnah sama sekali akibat kebakaran.

Salji setebal lapan inci dan suhu sejuk semalaman menambah kesengsaraan ratusan penduduk Colorado yang berusaha menyelamatkan sisa rumah mereka selepas kebakaran itu.

Kebakaran hutan luar biasa itu berlaku berikutan musim gugur yang sangat kering dan musim sejuk yang membawa tiupan angin kuat.

Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan kebakaran itu sebagai bencana dan pakar memberi amaran krisis iklim serta pembangunan di kawasan pinggir bandar menjadi punca kemusnahan terbabit.

BHonline-

Tags: apiDenverrumah terbakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CNN Pilih Pulau Pinang Antara Destinasi Terbaik Melancong

Next Post

RM50 Juta Untuk 32 PBT Baik Pulih Kawasan Terjejas Banjir

Related Posts

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

04/01/2025
0

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang masing-masing calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buntu...

Sangka Suami Bergurau Rumah Terbakar, Rupanya Betul

Sangka Suami Bergurau Rumah Terbakar, Rupanya Betul

25/12/2024
0

BALING: "Mulanya saya sangka suami bergurau kata rumah terbakar tapi rupanya memang kejadian itu berlaku hingga menyebabkan rumah pusaka kami...

Next Post

RM50 Juta Untuk 32 PBT Baik Pulih Kawasan Terjejas Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd