• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EU Mahu Labelkan Tenaga Nuklear, Gas Sebagai ‘Hijau’

oleh Mohd Arshad
02/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS : Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk melabelkan kuasa nuklear dan gas asli sebagai sumber ‘hijau’ untuk pelaburan walaupun terdapat perselisihan dalaman sama ada ia benar-benar layak sebagai pilihan yang mampan.

Cadangan itu bertujuan menyokong anjakan blok 27 negara itu ke arah masa depan neutral karbon dan menyempurnakan kelayakannya sebagai penentu piawaian global untuk memerangi perubahan iklim.

Pada hakikat, Suruhanjaya Eropah secara senyap mengedarkan teks itu kepada negara anggota lewat Jumaat lalu selepas dokumen yang dijanjikan pada awal tahun itu dua kali tertangguh, sekali gus menunjukkan kesulitan menghasilkan derafnya.

Jika majoriti negara anggota menyokong, ia akan menjadi undang-undang EU berkuat kuasa pada 2023.

Semalam, suruhanjaya itu mengesahkan rundingan mula dibuat dengan negara anggota mengenai cadangan berkenaan, yang meliputi tenaga nuklear dan gas.

Jelasnya, ia turut ‘mempertimbangkan peranan bagi gas asli dan nuklear sebagai perantara untuk memudahkan peralihan ke arah masa depan yang kebanyakannya berasaskan tenaga boleh diperbaharui’.

Perancis menjadi negara utama menyokong supaya kuasa nuklear, yang juga sumber tenaga utamanya, dimasukkan (sebagai sumber hijau), walaupun mendapat tentangan hebat Austria dan keraguan Jerman, yang sedang dalam proses menutup semua loji nuklearnya.

Menteri Alam Sekitar Jerman, Steffi Lemke, memberitahu kumpulan media negara itu semalam, keputusan memasukkan gas dan nuklear akan menjadi ‘satu kesilapan’, dengan alasan kuasa atom ‘boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar’.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar Austria, Leonore Gewessler, turut mengkritik projek itu sebagai ‘tenaga masa lalu’ yang ‘terlalu mahal dan terlalu lambat’ untuk memerangi perubahan iklim.

Negara anggota dan pakar yang dirujuk oleh suruhanjaya itu mempunyai tempoh masa dua minggu untuk menuntut semakan kepada cadangan itu, sebelum deraf akhir diterbitkan pada pertengahan bulan ini.

Parlimen Eropah kemudian dalam jangka masa empat bulan boleh memutuskan sama ada meluluskan atau menolak teks itu menerusi undian mudah.

-Berita Harian

Tags: EUgasTenaga HijauTenaga Nuklear
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

27/06/2025
0

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai 'genosid',...

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

20/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia terus mengekalkan daya saing dalam sektor minyak dan gas, dengan harga pulangan modal (break-even) bagi telaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd