• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tanpa Majlis Perasmian Bantuan Banjir

oleh Mohd Arshad
02/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tanpa berlengah terus ke Segamat dari Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Baginda bergerak pada pukul 1 pagi sejurus mendapat maklumat daerah Segamat mula dilanda banjir bagi memantau sendiri keadaan di situ.

Mejar Jeneral Tunku Ismail membawa bersamanya bantuan yang diperlukan untuk para mangsa banjir.

TMJ pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Tenang Labis, PPS Dewan Pekan Air Panas, Labis dan PPS SJKC Ai Chun.

Paling menarik kurang 24 jam TMJ beredar dari Segamat, baginda dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan akan datang semula ke daerah itu hari ini.

Baginda akan turut ke Tangkak dan Muar untuk memantau keadaan di semua daerah tersebut dan memastikan segala persiapan bencana banjir berjalan dengan lancar.

Sangat pantas dan tangkas baginda bertindak. Tahniahlah Bangsa Johor. Ini bukan calang-calang anak raja anda miliki. Betapa sayang TMJ terhadap rakyatnya.

Baginda tidak perlukan Majlis Perasmian Bantuan Banjir untuk bertindak. Itu lambat, lewat, leceh, remeh. Tindakan mesti ‘on the dot’.

Baginda malah setiap hari memuat naik maklumat tentang keadaan semasa risiko banjir di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Maksudnya baginda ambil tahu sebarang kemungkinan mana-mana bahagian dalam Jajahan Takluk Johor dinaiki air.

Maka dapatlah dirumuskan mengapa rakyat Johor begitu menghormati dan tekal menjulang institusi diraja negeri itu.

Kerana falsafah raja dan rakyat berpisah tiada berlaku di Johor. Bukan retorik atau sekadar laung kosong. Raja dan rakyatnya memiliki hubungan yang akrab.

-Mynewshub

Tags: BanjirJohorMelawat Mangsa BanjirTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd