• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Penganut Hindu Maut Akibat Rempuhan Di Kashmir

oleh AK-47
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KASHMIR : Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 13 yang lain cedera dalam insiden rempuhan semasa upacara keagamaan di sebuah kuil di Kashmir, awal pagi Sabtu.

Pegawai Kanan Kerajaan memberitahu angka kematian dan kecederaan berkemungkinan akan bertambah kerana laluan ke kuil yang terletak di puncak bukit dipenuhi penganut Hindu yang melakukan lawatan dan menghadiri upacara sembahyang sempena tahun baharu.

Laporan portal lain pula menyatakan seramai 20 orang mengalami kecederaan.

Akaun Twitter rasmi CNN-News18 India turut mengesahkan insiden rempuhan yang menyebabkan kematian itu.

Rakaman gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen menunjukkan beberapa ambulans bergegas ke lokasi kejadian.

Sumber rasmi pengurusan bencana India mengesahkan jumlah kematian dan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi waktu tempatan.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam media sosial, Presiden India, Rashtrapati Bhavan berkata, beliau sangat terkilan selepas mengetahui rempuhan malang yang meragut nyawa penganut Hindu di kuil tersebut.

“Takziah kepada keluarga mangsa dan saya doakan mereka yang cedera supaya cepat sembuh,” katanya.

Mata Vaishno Devi merupakan antara kuil Hindu yang paling dihormati di utara India, dengan puluhan ribu penganut datang bersembahyang setiap hari.

Pada Oktober 2013, insiden rempuhan turut berlaku di Madhya Pradesh sehingga mengorbankan lebih 110 nyawa manusia dan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

-Utusan Online

Tags: Kashmirrempuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Agung India Kekalkan Keputusan Tamatkan Autonomi Kashmir

Mahkamah Agung India Kekalkan Keputusan Tamatkan Autonomi Kashmir

11/12/2023
0

NEW DELHI: Mahkamah Agung India hari ini mengesahkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang menamatkan autonomi berdekad-dekad di...

6 Pemberontak Maut Di Kashmir

30/12/2021
0

SRINAGAR: Tentera kerajaan India di Kashmir membunuh enam suspek pemberontak dalam dua serangan, kata polis hari ini. Sejak lebih tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd