• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Melaka Lepasi Paras Bahaya

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Hujan berterusan lebih 24 jam yang melanda Melaka menyebabkan empat sungai di negeri ini berada pada tahap bahaya, amaran dan waspada.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras stesen Sungai Melaka di Batu Hampar di sini menunjukkan status bahaya apabila bacaan paras air kini mencecah 2.48 meter melepasi paras maksimum iaitu dua meter.

Katanya, penduduk di sekitar stesen Sungai Duyong juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutan bacaan terkini paras air mencecah 1.62 meter.

Jelasnya, dua lagi stesen lagi dalam status waspada iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin dan Cheng.

Dalam pada itu, setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Alor Gajah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, empat kawasan yang terjejas banjir adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan dan Jalan Keretapi Lama.

“PPS Balai Raya Gadek telah dibuka pukul 3.30 pagi tadi. Kini menempatkan 15 mangsa daripada lapan keluarga.

“Kemudian PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan yang dibuka pukul 7 pagi tadi paling ramai menempatkan mangsa banjir dengan jumlah 81 orang melibatkan 21 keluarga.

“PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Jelatang pula masih dalam proses pendaftaran dan turut dibuka pukul 7 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

-Utusan Online

Tags: Sungai Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Melaka

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Melaka

21/10/2025
0

Melaka: Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di Sungai Melaka di sini semalam. Ketua Polis Daerah...

Buaya Tembaga Muncul Lagi Di Sungai Melaka

Buaya Tembaga Muncul Lagi Di Sungai Melaka

01/04/2023
0

MELAKA: Kemunculan semula seekor buaya tembaga hampir dua meterk di persisiran Sungai Melaka, sejak minggu lalu, selepas 'menghilang' sejak sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd