• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bebaskan Skuad Negara Diuruskan ‘Orang Dalam’ FAM

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Semua pasukan kebangsaan di bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bebas daripada dikendalikan ‘orang dalam’ dan yang terbabit secara langsung dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri.

Pengkritik bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menegaskan itu perubahan yang perlu dilakukan badan induk berkenaan sebagai langkah transformasi dalam usaha mengangkat tahap sukan nombor satu negara itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, pembabitan ‘orang luar’ iaitu mereka yang tidak terbabit secara langsung dengan FAM atau persatuan tetapi berpengetahuan luas mampu ‘membunuh’ persepsi nakal yang sering diperkatakan oleh penyokong.

“Kalau tanya saya mengenai isu itu (FAM perlu pertimbang semula tawaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengendalikan skuad kebangsaan), saya rasa tidak perlu kerana Tunku Ismail juga terbabit secara langsung dengan pasukan bola sepak.

“Apa yang kita perlukan adalah individu yang berpengalaman tetapi tidak terikat dengan mana mana persatuan bola sepak ataupun FAM sendiri. Jangan lagi ambil pengurus yang ada kaitan secara terus dengan persatuan bola sepak.

“Tiada ada faedah kerana macam-macam hal akan timbul jika pendekatan sebegini terus diambil, apatah lagi nanti wujud persepsi yang tidak elok. Saya rasa kita ada ramai orang luar yang mampu mencurahkan kepakaran jika diberi peluang.

“FAM perlu mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan seperti Datuk K Rajagobal, B Sathianathan atau jurulatih seperti Azraai Khor Abdullah yang banyak membawa kejayaan.

“Mereka ini mencapai tahap tertinggi dan kini diperlukan sebagai pengurus untuk motivasi pemain serta pasukan kebangsaan,” katanya kepada BH Sukan.

Ketika ini, skuad kebangsaan daripada senior sehinggalah pasukan pelapis dikendalikan oleh ahli jawatankuasa eksekutif FAM yang dilantik selaku pengurus.

Sebagai contoh, pengurus skuad Harimau Malaya yang tersingkir di peringkat kumpulan saingan Piala AFF adalah Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.

Terdahulu, persoalan timbul di mana adakah FAM perlu mencari alternatif lain dengan mempertimbangkan semula tawaran Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor itu untuk menguruskan skuad kebangsaan selepas ini?

Ia susulan kegagalan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe di Piala AFF yang turut menyaksikan mereka dibelasah 1-4 oleh Indonesia pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

-Berita Harian

Tags: FAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd