• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Remaja Maut, 1 Cedera Dalam Tembakan Di Stesen Petrol Texas

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOUSTON: Tiga remaja maut dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah stesen minyak di selatan negeri Texas tengah Amerika Syarikat (AS) pada cuti hujung minggu, kata polis.

Suspek, seorang budak lelaki berusia 14 tahun, ditahan pada petang Isnin, kata Ketua Polis Jeff Bryan di pinggir bandar Dallas di Garland.

Dalam video pengawasan tembakan, yang berlaku pada malam Ahad, lelaki bersenjata itu keluar dari bahagian penumpang trak pikap, berjalan ke pintu depan dan melepaskan tembakan ke dalam kedai serbaneka stesen minyak dari pintu.

Polis berkata, dia melepaskan lebih 20 das tembakan dari pistol kaliber .40, menurut Xinhua.

Lelaki bersenjata itu kemudian masuk semula ke dalam pikap dan melarikan diri bersama seorang pemandu lelaki, yang mana polis berkata, mereka masih mencari pemandu terbabit.

Mangsa yang maut ialah tiga budak lelaki berusia 14, 16 dan 17 tahun, kata polis.

Paling muda, dikenali sebagai Xavier Gonzales, sedang memesan taco untuk keluarganya apabila dia dibunuh.

Bryan berkata, nampaknya Gonzales berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Mangsa yang cedera, seorang pekerja kedai berusia 15 tahun yang baru mula bekerja di taqueria di kedai itu minggu lalu, dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil, kata polis.

Penyiasat masih berusaha untuk menentukan motif di sebalik tembakan, menurut laporan media tempatan.

Bernama-

Tags: Amerika SyarikatStesen Petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd