• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Mahu Bina Lebih Banyak Penempatan Haram Di Bukit Golan

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMUQADDIS : Kerajaan Israel bercadang untuk menggandakan jumlah penempatan haram Yahudi di Bukit Golan dalam tempoh lima tahun akan datang dan tindakan itu bakal memburukkan lagi situasi tegang dengan Syria.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 2019 mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan yang asalnya merupakan wilayah Syria dan penggantinya, Joe Biden juga dilihat tidak akan menarik balik pengiktirafan tersebut.

Di bawah pelan perancangan yang diluluskan Kabinet Israel, kira-kira 7,300 unit perumahan akan dibina di Katzrin yang merupakan penempatan haram utama di kawasan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett memaklumkan, rancangan pembinaan itu bakal menyaksikan pertambahan kira-kira 23,000 penduduk Yahudi di kawasan tersebut.

“Dua penempatan baharu juga akan dibangunkan di Golan dan 4,000 unit rumah bakal dibina di penempatan tersebut,” jelas kenyataan itu.

Israel merampas Bukit Golan pada 1981 dan tindakan itu tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa, selain menyaksikan Syria menuntut semula wilayah itu yang turut bersempadan dengan Lubnan dan Jordan.

Pada Februari lalu, selepas Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baharu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi CNN menjelaskan Golan akan terus kekal sebagai ‘kepentingan keselamatan Israel’.

Penempatan haram Yahudi di Golan lebih kecil berbanding di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

-Utusan Online

Tags: Bukit GolanIsraelpenempatan haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub  TEHRAN, 19 Jun — Iran dilaporkan menggantung keseluruhan tempoh rundingan selama 60 hari bersama Amerika Syarikat (AS) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd