• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 70 Peratus Rangkaian Celcom Lembah Klang Pulih

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah memulihkan lebih daripada 70 peratus rangkaian di tapak yang terjejas di Lembah Klang setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut syarikat telekomunikasi itu, ia merangkumi 100 peratus pemulihan rangkaian di Hulu Langat, Bestari Jaya, Jeram, Klang, Pelabuhan Klang, Dengkil, Pandan Indah, Seksyen 27 dan Seksyen 35 di Shah Alam.

Katanya, di bahagian Timur dan Selatan, Celcom telah memulihkan lebih 50 peratus daripada tapak rangkaian yang terjejas dengan pemulihan 100 peratus di Raub, Panching, Bukit Goh, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat, Sri Jaya, Chini, Bukit Juntai, Durian Tipus dan Kg. Ngoi-Ngoi.

“Jurutera rangkaian Celcom sedang bekerja tanpa jemu untuk mengakses tapak yang terjejas bagi memastikan perkhidmatan ini dipulihkan secepat mungkin.

“Di samping itu, Celcom juga meningkatkan liputan sambungannya di pusat penempatan sementara (PPS) dengan menggunakan peralatan “Cellular-on-wheels”, penyediaan Akses Wayarles Tetap (FWA) percuma dan pemasangan penggalak isyarat liputan.

“Inisiatif ketersambungan yang dipertingkatkan di PPS seluruh negara merangkumi PPS Ladang Emerald SKJT Kemuning dan PPS Kota Kemuning di Shah Alam, PPS Dewan Orang Ramai Tok Muda di Klang, PPS Balairaya Kampung Tiram di Pahang dan banyak lagi,” katanya.

Tambahnya, Celcom juga telah memperuntukkan RM2 juta untuk sokongan bantuan banjir dan bekerjasama dengan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) untuk mengedarkan pek makanan, peralatan pembersihan, bekalan perubatan dan keperluan asas kepada komuniti terjejas banjir di seluruh negara.

“Celcom menyediakan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas banjir dengan berusaha menyelesaikan dan memulihkan rangkaian yang terjejas perkhidmatan secepat mungkin.

“Ini termasuk meningkatkan sokongan ketersambungan pada pusat bantuan banjir di seluruh negara sambil turut menyediakan keperluan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

“Pasukan Rangkaian Celcom telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal banjir dan telah memantau dengan teliti operasi rangkaiannya dengan bertindak balas dengan cepat dan meminimumkan kesan ke atas perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Banjir telah menjejaskan lebih 100 tapak rangkaian di seluruh negara, disebabkan gangguan bekalan elektrik dan di beberapa kawasan, paras air yang tinggi dan jalan yang teruk telah menghalang pasukan rangkaian mereka untuk mengakses tapak yang terjejas.

BHonline-

Tags: CELCOMLembah Klangrangkaian internet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd