• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Palestin Gesa Israel Mulakan Semula Proses Damai Yang Tertangguh

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH : Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menggesa Israel melaksanakan perjanjian yang telah dimeterai dengan Palestin dan meneruskan proses damai Asia Barat, yang sudah terhenti sejak tujuh tahun lalu, lapor Xinhua.

Abbas membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Pemangku Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Near Eastern Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Yael Lempert, di Ramallah Tebing Barat, memetik Agensi Berita WAFA.

Pada pertemuan itu Abbas turut memberi taklimat mengenai perkembangan terkini di wilayah Palestin, terutamanya amalan sepihak Israel terhadap Palestin yang menjejaskan penyelesaian dua negara.

“Adalah perlu untuk menghentikan langkah Israel dan melaksanakan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses politik sebenar berdasarkan pelaksanaan resolusi antarabangsa,” kata Abbas.

Pertemuan Abbas dengan Lempert itu diadakan sehari sebelum pertemuannya dengan Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan, yang tiba di Israel pada Selasa untuk membincangkan beberapa isu, termasuk proses damai tersebut.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin terhenti pada akhir Mac 2014 disebabkan perbezaan pandangan mengenai isu penempatan Yahudi dan pengiktirafan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967.

-Awani

Tags: IsraelPalestinperjanjian damai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd