• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Tanah Runtuh Kg. Sg. Penchala Belum Ditempatkan Di PPS

oleh Mohd Arshad
20/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa pihak berwajib menyegerakan bantuan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Menerusi satu kenyataan media, Hannah berkata pihak berwajib masih belum memutuskan penempatan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada semua mangsa walaupun beberapa siri mesyuarat diadakan sejak Ahad malam.

“Saya menggesa mereka yang diamanahkan untuk mengendalikan mangsa-mangsa bencana kejadian tanah runtuh di Sungai Penchala untuk segera memutuskan PPS dan menguruskan pemindahan dengan segera.

“Menteri Wilayah Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad wajar lebih empati kepada mangsa-mangsa yang amat memerlukan tempat perlindungan untuk berehat, berasa selamat, selesa dan mempunyai akses untuk kemudahan kebersihan serta perlindungan kesihatan mereka,” katanya.

Jelasnya, sehingga pukul 3.15 petang Isnin, beliau memaklumkan semua mangsa masih ditempatkan di Masjid Al-Hidayah dan Dewan Masyarakat Kg. Sungai Penchala.

Awani-

Tags: segambuttanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd