• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terperangkap 5 Jam Dalam Air Banjir Separas Dagu

oleh Mohd Arshad
20/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lima jam terperangkap dalam air banjir sehingga paras dagu menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi sebuah keluarga di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Lebih memilukan, bapa kepada wanita yang dikenali sebagai Rose Anne hanya terlantar di atas katil akibat angin ahmar.

Wanita itu menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya memaklumkan, semalam ketika air sudah berada di paras pinggang, dia sudah beberapa kali menghubungi bantuan kecemasan tetapi gagal.

Katanya, ketika itu dia bersama lapan ahli keluarga yang lain termasuk ibu, adik dan anaknya, hanya mampu melihat bapa yang berada di atas tilam yang sudah terapung.

“Sebak melihat ayah dan mak ketika air dah ke paras dagu. Tilam ayah dah terapung dan hanya kepala ayah kelihatan dari pandangan saya.

“Saya terpaksa kuat dan terjengkit-jengkit memeluk dua anak ketika itu dan berdoa menanti bantuan dengan penuh sabar,” katanya.

Rose berkata ketika itu sudah hampir lima jam mereka terperangkap dalam banjir dan terkurung di dalam rumah.

Katanya, dia reda jika ketika itu nyawanya diambil asalkan ibu bapa, adik dan anak-anaknya terselamat.

“Bagaimanapun, pada jam 3.40 pagi, mereka akhirnya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menaiki bot sebelum ditempatkan di sebuah sekolah sementara waktu,” katanya.

Rose berkata, dia masih trauma dan lesu ketika ini namun bersyukur diselamatkan walaupun kenderaan dan pelbagai barangan lain musnah sepenuhnya.

“Saya faham bantuan lambat sampai disebabkan halangan laluan ke lokasi. Terima kasih juga kepada bomba, pasukan penyelamat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

BHonline-

Tags: air banjirterperangkap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

24/08/2024
0

Sembilan belas individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Risda Eco Park Resort di Kampung Ulu Slim,...

Dua Rakan Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

Dua Rakan Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

20/08/2024
0

Dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terperangkap di dalam lif pangsapuri selama sembilan jam di Desa Petaling, Cheras semalam sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd