• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MDA Jejaki Kit Ujian Kendiri COVID-19 Tak Sah

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki pihak yang terbabit menjual dan mengedar kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mendapat kelulusannya.

MDA berkata, berdasarkan pemantauan yang dijalankan, terdapat beberapa kit ujian kendiri yang tidak mendapat kelulusan, disyaki dibawa masuk secara tidak sah ke pasaran Malaysia.

Berikutan itu, bagi meningkatkan keberkesanan kawalan kit ujian kendiri COVID-19 ini, MDA turut menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi urusan pemantauan dan penguatkuasaan pengimportan, pengedaran dan penjualan kit ujian kendiri COVID-19.

Sehingga 14 Disember lalu, MDA sudah menjalankan 132 pemeriksaan ke atas premis yang mengedar dan menjual kit ujian kendiri COVID-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 92 amaran diberikan kepada pihak yang melanggar undang-undang di bawah seksyen 5 atau 15 Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Melalui pemeriksaan itu, sebanyak 326 unit kit ujian kendiri COVID-19 dirampas. MDA juga menjalankan tiga serbuan ke atas syarikat yang mengimport dan memasarkan kit ujian kendiri COVID-19 yang tiada kelulusan serta merampas 63,651 unit kit ujian berkenaan.

“Mengikut peruntukan Akta 737, mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sebelum ini BH melaporkan beberapa jenama kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mendapat kelulusan MDA dijual secara berleluasa di kedai serbaneka dan platform e-dagang.

Lambakan produk tanpa kelulusan itu dikhuatiri boleh menyebabkan peningkatan penularan COVID-19 berikutan keputusan ujian yang diragui.

Ini kerana hasil ujian yang dijalankan terhadap kit berharga RM4.90 itu yang menggunakan air paip mendapat keputusan yang negatif, walaupun sepatutnya keputusan yang akan diterima adalah tidak sah atau ‘invalid’.

MDA meminta orang ramai untuk menyalurkan aduan mengenai sebarang aktiviti berkaitan pengimportan, pengedaran dan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak sah melalui sistem pengurusan maklum balas https://femes.mda.gov.my/.

-Berita Harian

Tags: kit ujian kendiri COVID-19 tidak sahMDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd