• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut, Tiga Parah Kemalangan Di Bentong

oleh Mohd Arshad
17/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG: Perjalanan pulang ke kampung lima sekeluarga berakhir tragedi selepas dua orang daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala – Karak, berdekatan bandar Bentong di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.33 pagi itu, mangsa yang maut ialah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun.

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berusia 44 tahun yang juga bapa kepada dua mangsa maut dan dua lagi penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan awal mendapati kenderaan MPV dinaiki keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan.

“Ketika tiba di Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak, MPV itu gagal dikawal pemandunya lalu terbabas.

“Mangsa yang maut dalam kejadian ini adalah anak pertama dan kedua dalam keluarga berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UtusanOnline-

Tags: kemalangan keretalima sekeluarga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Cedera Kereta Jatuh Dari Jambatan

05/01/2022
0

KLANG : Dua cedera ringan dan seorang parah selepas sebuah Proton Saga dinaiki mereka terbabas di Jambatan Sungai Klang berhampiran...

Dua Maut Dalam Kemalangan Berasingan

24/11/2021
0

ALOR SETAR : Seorang penumpang kereta dan seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di dua tempat berasingan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd