• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Tertimbus Tanah Ketika Melombong Emas

oleh Mohd Arshad
16/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU : Lelaki maut akibat tertimbus tanah ketika melakukan kerja melombong emas di Kampung Air Sejuk di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Johari Mohd Asri, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama bapanya sedang melakukan kerja melombong emas di kawasan berkenaan sebelum berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan mangsa tertimbus.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang untuk melombong emas.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca mendung namun sesekali hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan berkenaan lembut.

“Usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan menggunakan jentolak memandangkan tanah di lokasi kejadian adalah jenis tanah liat, berpasir dan mudah runtuh.

“Mayat mangsa ditemui pada jam 7 malam dan berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Afandi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Berita Harian

Tags: melombong emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd