• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tidak Berhasrat Hantar Tentera Ke Ukraine

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Washington tidak pernah merancang untuk menghantar tentera ke Ukraine, tetapi memberi amaran akan bertindak jika berlaku sebarang pencerobohan, kata Presiden Joe Biden.

“Perkara itu tidak pernah dibincangkan,” kata Biden kepada pemberita pada Sabtu.

Jika Rusia memutuskan untuk menyerang Ukraine, Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan kehadiran tenteranya dan Moscow perlu berdepan apa jua kesannya kelak dari segi imejnya di peringkat dunia serta ekonomi, lapor Sputnik

“Saya telah katakan dengan jelas kepada Presiden Putin… bahawa jika ambil sebarang tindakan di Ukraine, ekonominya akan musnah,” kata Biden.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, memberitahu saluran televisyen Greek ANT1 pada Sabtu Rusia tidak merancang untuk melakukan apa jua serangan serangan ke atas Ukraine.

Peskov turut mengkritik tindakan Turki menjual dronnya kepada Ukraine.

Presiden Vladimir Putin pada Selasa membuat panggilan telefon kepada Biden, membincangkan mengenai dakwaan tentera Rusia telah dikerahkan ke kawasan berhampiran sempadan Ukraine.

Sejak beberapa minggu lepas, Kiev dan beberapa negara Barat menuduh Moscow menempatkan tenteranya berhampiran sempadan dengan Ukraine.

Moscow, berulang kali menafikan tuduhan itu dan menyatakan Barat mahu menggunakannya sebagai alasan untuk menempatkan peralatan tentera NATO berhampiran sempadan Rusia.

Jabatan Negara AS pada Sabtu memaklumkan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Eropah dan Eurasia, Karen Donfried, akan melawat Moscow dan Kiev pada 13 hingga 15 Disember dan kemudian akan bertemu wakil Kesatuan Eropah (EU) di Brussels untuk membincangkan penyelesaian diplomatik berhubung situasi Ukraine.

-Sinar Harian

Tags: Amerika SyarikatTenteraUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd