• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen ‘Online’ White House Demokratik – Nurul Izzah

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa petisyen kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui laman web White House merupakan satu mekanisme demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, petisyen melalui laman web tersebut membolehkan rakyat negara berkenaan membangkitkan apa sahaja isu kepada kerajaan AS.

“Saya meminta kerajaan Malaysia mewujudkan mekanisme demokratik seperti itu untuk membolehkan rakyat membangkitkan apa sahaja isu dengan sekurang-kurangnya 10,000 tandatangan kerana Malaysia negara lebih kecil berbanding AS,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah dalam pada itu mendakwa, petisyen menuntut kebebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan di laman web White House merupakan amalan biasa antarabangsa.

“Respons oleh mana-mana kerajaan mengenai isu yang dianggap domestik tetapi berlaku ketidakadilan dan kezaliman memang menjadi amalan antarabangsa,” dakwanya.

Beliau mendakwa, respons yang bakal diberikan oleh kerajaan AS sama seperti respons Malaysia ke atas dasar Apartheid di Afrika Selatan, kutukan ke atas Israel dan rejim Assad di Syria.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam menegaskan kredibiliti petisyen menuntut kebebasan Anwar yang dipaparkan di laman web White House diragui selepas isu penarikan petisyen itu semalam.

Ia berikutan tindakan pengendali laman web White House memaparkan kembali petisyen itu selepas ditarik semalam, membuktikan pejabat rasmi Presiden AS itu mempunyai sistem kawalan teknologi maklumat (IT) yang lemah.

Tegas Ahmad Shabery, seluruh rakyat Malaysia serta masyarakat dunia juga seharusnya menganggap petisyen itu sebagai alat untuk kepentingan tertentu, termasuk usaha untuk menjustifikasikan campur tangan AS terhadap negara lain.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd