• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif RM100,000 Untuk Skuad Hoki Lelaki Perak

oleh Mohd Arshad
10/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Kerajaan Perak bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM100,000 kepada skuad hoki lelaki Perak yang memenangi Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata insentif itu diberikan sebagai menghargai pencapaian pasukan berkenaan yang mengharumkan nama negeri.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan hoki lelaki Negeri Perak yang telah menjadi johan Piala Tun Abdul Razak selama dua tahun berturut-turut.

“Maka, dengan ini sukacita saya mengumumkan Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi insentif RM100,000 kepada pasukan hoki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2022 yang bertemakan ‘Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif’ di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Pada November lalu, skuad hoki lelaki Perak berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Pahang 2-1 dalam dalam saingan final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Sebagai rekod, Perak turut menewaskan Terengganu dalam aksi final edisi tahun lalu untuk bergelar juara.

Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta bagi penyertaan pasukan negeri ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Katanya peruntukan berkenaan disediakan bagi pelbagai keperluan kejohanan termasuk Para SUKMA.

“Bagi tujuan melancarkan sesi latihan atlet, Kerajaan Negeri menyediakan RM1.4 juta untuk sewaan fasiliti sukan.

Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) pula, telah diperuntukkan RM0.5 juta bagi penyertaan di peringkat kebangsaan,” tambah beliau.

Awani-

Tags: DUN PerakSkuad Hoki Lelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

05/12/2024
0

Ipoh: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion iaitu jumlah...

Sultan Nazrin Perkenan Bubar DUN Perak

Sultan Nazrin Perkenan Bubar DUN Perak

17/10/2022
0

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuat kuasa hari ini, menurut menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd