• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Ladang Dipertingkat, Elak Beban Kenaikan Harga Dan Kartel

oleh Mohd Arshad
08/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil maklum situasi kenaikan harga sayur-sayuran dan ternakan dalam tempoh pemulihan pandemik Covid-19 dan melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan pengeluaran dan pemasaran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, LPP melaksanakan pengeluaran makanan daripada ladang kalangan usahawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara.

“Kita sedia maklum kenaikan harga sayur, ayam dan bahan mentah makanan lain berpunca daripada peningkatan harga baja dan racun. Bagaimanapun, program tanaman ladang termasuk ternakan di bawah LPP tetap diteruskan seperti sebelum ini di bawah pengusaha PPK tempat masing-masing.

“Usahawan LPP dan PPK diarahkan meningkatkan pengeluaran hasil ladang untuk pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna di samping penambahan stok hasil berkenaan mampu mengurangkan tekanan kenaikan harga tersebut dan belanja pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita merasmikan Program Khas Dapur Peladangnita ‘Moh Masak Weh’ anjuran LPP dan PPK Pahang yang membabitkan pertandingan masakan tempatan disertai 18 buah kumpulan terdiri daripada 36 orang ahli Peladangnita Pahang di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azulita menambah, LPP terus menyokong aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pelengkap yang membantu pengusaha PPK di semua tempat.

UtusanOnline-

Tags: Hasil ladang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd