• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Pelancongan Johor Boleh Tarik Pelancong

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan diyakini dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung sekali gus membantu mencapai sasaran kemasukan 29.4 juta pelancong asing ke negara ini, tahun ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ikon pelancongan tempatan dan bertaraf antarabangsa yang ada di Johor berpotensi menarik kehadiran pelancong asing khususnya rakyat Singapura.

“Di Kota Tinggi contohnya ada Muzium Kota Johor Lama, Desaru Fruit Farm dan pantai manakala di sekitar bandaraya Johor Bahru terdapat beberapa taman tema dan pusat beli-belah Johor Premium Outlets.

“Dengan kedudukan yang berdekatan Singapura, tarikan pelancongan ini sudah tentunya bukan sahaja menarik rakyat negara itu malah pelancong dari negara luar yang berkunjung ke Singapura,” katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Aktiviti Angry Birds, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

Mohamed Nazri berkata kementeriannya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Johor yang sentiasa berusaha mempertingkat sektor pelancongan di negeri ini.

Beliau yang berpuas hati dengan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan di pusat pelancongan di negeri ini berkata kementeriannya juga sentiasa bersedia menyalurkan bantuan dalam menggiatkan sektor tersebut.

Mengenai Taman Aktiviti Angry Birds di kompleks Komtar Johor Baharu City Centre di sini, beliau berkata ia merupakan produk cukup menarik yang bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak malah orang dewasa.

Katanya, langkah Johor Corporation membuka taman tersebut diyakini dapat meningkatkan kehadiran pengunjung ke kompleks beli-belah berkenaan.

Difahamkan, Angry Birds yang dibuka sejak empat bulan lalu telah dikunjungi kira-kira 55,000 pengunjung. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd