• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Mati Dikelar, Polis Buru Buruh Binaan

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Wanita ditemukan mati dengan kesan kelar di dada, leher, perut dan telinga di tingkat tiga Apartment Sri Nipah, Sungai Nibong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, polis turut menemukan tali dan dua bilah pisau pemotong daging berhampiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11.30 malam daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang tinggal di rumah berkenaan.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa menemukan mangsa dalam keadaan tidak bergerak dan berlumuran darah dalam bilik sebelum dia menghubungi polis.

“Polis yang ke lokasi kemudiannya mendapati mangsa sudah meninggal dunia dengan terdapat kesan kelar pada dada, perut dan telinga selain sepanjang 13 sentimeter (cm) pada leher.

“Turut ditemukan ialah dua bilah pisau yang mana satu daripadanya mempunyai kesan darah dan disyaki digunakan semasa kejadian.

“Kita juga menemukan tali dan percaya sebelum itu mangsa diikat berdasarkan kesan ikatan pada kaki dan lengannya ,” katanya di sini, hari ini.

Soffian berkata, pemeriksaan mendapati rumah terbabit mempunyai tiga bilik yang disewa tiga lelaki Bangladesh.

Katanya, saksi mendakwa terdengar pertengkaran antara mangsa dengan seorang lelaki pada 7.30 pagi semalam sebelum menemukan mangsa dalam keadaan tidak bergerak selepas pulang kerja pada 11.30 malam.

“Menerusi beberapa dokumen dan salinan pasport yang ditemukan mendapati mangsa berusia 45 tahun berasal dari Indonesia, namun identiti akan disahkan selepas urusan bedah siasat dilakukan.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki yang tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan selain sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan.

“Suspek berusia 37 tahun itu bekerja sebagai buruh binaan dan polis masih menyiasat mengenai hubungan lelaki berkenaan dengan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: mati dikelar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd