• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: PAS Tanding Logo Sendiri

oleh Cj Mnh
03/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menggunakan logo sendiri.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih belum diputuskan.

“PAS telah memutuskan untuk bertanding di PRN Sarawak, namun dengan jumlah kerusi yang munasabah dan sesuai,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengenai persiapan parti itu menghadapi PRN Sarawak pada 18 Disember ini.

Katanya, persiapan PRN Sarawak hanya melibatkan beberapa tenaga penting sahaja yang akan membantu jentera parti itu melaksanakan kempen sebelum hari mengundi.

Beliau mengharapkan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kempen pilihan raya dapat memberi sedikit kelonggaran bagi membolehkan calon berkempen.

“PRN ini kita harap kelonggaran bertemu pengundi dapat dipertimbangkan kerana masalah liputan media sosial yang agak rendah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sehubungan itu, beliau turut mengharapkan semua pihak menyokong calon-calon yang akan bertanding di Bumi Kenyalang tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 sementara penamaan calon pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember.

SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lepas berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Jan sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan Covid-19.

Apabila darurat di seluruh negara berakhir pada 1 Ogos, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Feb 2022. Darurat itu ditarik balik pada 3 November, sekali gus membolehkan SPR mengadakan pilihan raya Sarawak.

Susulan penamatan darurat itu, DUN Sarawak turut terbubar pada 3 November, memberi laluan kepada PRN ke-12 di Sarawak yang mempunyai 82 kerusi DUN. – HARAKAHDAILY 2/12/2021

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Sarawak: Pejuang Tidak Akan Bertanding

Next Post

Dipenjara 2 Tahun Sebabkan Kematian Bayi

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Dipenjara 2 Tahun Sebabkan Kematian Bayi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd