• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

oleh Mohd Arshad
02/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen ke-58 universiti dalam sidang satu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Selain Chong Wei, antara penerima ijazah kehormat, gelaran Profesor Emeritus dan Emerita serta pemenang pingat Emas Canselor kali ini ialah Dr. David Lacey (Ijazah Kehormat Doktor Sains); Datuk Dr. Asma Ismail FASC. (Anugerah Profesor Emerita); Dr. Zahri Ismail (Anugerah Profesor Emeritus) dan Khaw Teng Kang (hadiah pingat Emas Canselor).

Berangkat sama mengiringi baginda pada majlis tersebut ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Yang turut hadir, Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan agar semua pihak berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang mengancam kesejahteraan masyarakat.

Titah Raja Perlis, keutamaan mestilah diberikan sepenuhnya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Baginda bertitah, pertelagahan mahupun pertelingkahan yang dapat meruntuhkan benteng perpaduan masyarakat termasuk melalui media sosial perlu dihentikan sepenuhnya.

“Inilah masanya untuk kita manfaatkan ilmu dan pengetahuan agar dapat keluar seberapa segera dari kemelut yang ada.

“Kita mampu melakukannya dan sama-sama memainkan peranan dalam memerangi Covid-19,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke- 58 USM di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.

Dalam pada itu, baginda juga berharap para ilmuwan dalam pelbagai bidang kepakaran dapat bersatu tenaga dan fikiran membantu negara dan masyarakat.

“Kita perlulah memainkan peranan dalam pembangunan semula ekonomi negara dan pada masa sama memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” titah baginda.

UtusanOnline-

Tags: datuk lee chong weiUSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

22/09/2023
0

YAN: Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya menemukan dua buah arca...

Penuntut USM Maut Jatuh Tingkat Lapan

26/04/2022
0

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd