• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VTL Darat Malaysia-Singapura Tidak Terjejas

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat, akan ditutup semula susulan ancaman varian Omicron COVID-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata perkara itu ada dibincangkannya bersama Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan ketika menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis.

Hasni berkata, Vivian memaklumkan belum ada kepastian varian tersebut akan mengganggu kelancaran VTL darat.

“Belum ada kepastian dari Singapura seperti yang digambarkan oleh Vivian. Ia memerlukan masa dua minggu hingga sebulan untuk lihat kesan dan kedudukan varian Omicron ini (terhadap VTL darat).

“Dalam tempoh itu, SOP untuk VTL darat akan diteruskan. Tidak ada gambaran bahawa VTL darat ini akan ditutup semula atau sebagainya. Tetapi satu prosedur operasi standard (SOP) yang lebih sesuai akan diperkenalkan melibatkan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian JohorPay dan Joms serta penyerahan dokumen Kajian Pelan Induk Digital Negeri Johor sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, jelas hasni, SOP termasuk syarat dan keperluan ujian COVID-19 ketika ketibaan perlu dipertingkatkan dalam perancangan kerajaan untuk meningkatkan jumlah pengembara.

Dalam pada itu, katanya setakat ini terdapat dua kes positif COVID-19 dikesan membabitkan pegerakan VTL darat iaitu satu kes dari Malaysia dan satu kes dari Singapura.

Awani-

Tags: Singapuravarian omicronVTL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd