• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Tahun Belum Boleh Mengundi Pada PRN Sarawak

oleh Mohd Arshad
02/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Kelayakan umur bagi pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, walaupun ia sudah diwartakan, namun PRN Sarawak pada 18 Disember ini ditetapkan hanya menggunakan Daftar Pemilih Pilihan Raya terkini yang dikemas kini sehingga 2 November 2021.

Justeru, Wan Junaidi berharap isu berkenaan tidak dipolitikkan kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Tiada desakan dari mana pihak dalam isu ini. Malah, Sarawak sememangnya bersedia untuk menerima pengundi muda ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

SPR berkata, Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan had kelayakan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik diwartakan pada 1 Disember 2021.

Ia berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Disember ini.

Menjelas lanjut, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong itu berkata, keputusan berkenaan berdasarkan proses undang-undang, termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuching.

Justeru, katanya ia bukannya untuk menafikan atau mengenepikan hak dan hasrat belia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi.

-Berita Harian

Tags: had umurmengundiPRN Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd