• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nadir Bumi Berlion-Lion Harapan Pasukan Kedah

oleh Cj Mnh
02/12/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CERITA tentang nadir bumi (REE) anugerah Tuhan di Kedah dianggarkan bernilai RM62 bilion semakin sepi.

Semoga cerita itu “real” sebab bab-bab duit agak sensitif sehingga bimbang mula dilihat sebagai “scam”.

Hingga pernah timbul isu nadir bumi hanya alasan untuk membalak saki-baki hutan yang tinggal di Kedah.

Kita juga harap cerita nadir bumi oleh Menteri Besar Kedah itu benar sebab banyak benda perlu beliau setelkan.

Dengan hasil REE bolehlah Muhammad Sanusi selesaikan tunggakan cukai Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Berlion-lion kot nilainya, takkan tak mampu bayar cukai kan.

Tidaklah Muhammad Sanusi terus mengomel minta LHDN lupuskan dengan alasan RM10 juta boleh buat banyak titi.

Supaya tiada lagi alasan beliau tunggakan cukai itu tidak wajar sebab itu tunggakan cukai pengurusan lama.

Sehingga hari tidak jelas Muhammad Sanusi merujuk akta percukaian mana dalam memberi alasan itu.

Sekali lagi, berlion-lion kot, takkan cukai banyak tu tidak mampu nak selesaikan.

Dengan hasil REE juga diharap tiada lagi isu pemain Kedah tidak dibayar gaji mengikut masa yang sepatutnya.

Sehingga ‘koyak rabak’ akibat teguran prihatin TMJ dan kemudian melalut kepada hal bukan berkaitan isu bola sepak.

Muhammad Sanusi wajar konsisten tentang REE kerana itu yang lebih menjamin masa depan pasukan Kedah. Berlion-lion kot.

Kegagalan JDT mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tidak menyumbang kepada kemajuan skuad Lang Merah.

Kemajuan pasukan bola sepak terletak kepada kemampuan pimpinannya mengurus dan menjana kewangan. Dan REE, berlion-lion kot. -MYNEWSHUB

Tags: Lang Merahnadir bumi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

21/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menubuhkan sebuah agensi, badan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengawal selia semua urusan berkaitan...

Lesen Lynas Diperbaharui Lagi 3 Tahun

27/02/2020
0

PETALING JAYA - Lesen Lynas Malaysia diperbaharui selama 3 tahun lagi sehingga Mac 2023, umum syarikat nadir bumi itu. Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd