• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Jenaka Rogol: Ain, Bapa Akan Fail Saman Balas Pada Guru

oleh Mohd Arshad
01/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya akan memfailkan saman balas terhadap seorang guru yang menyaman mereka, susulan hantaran TikTok pelajar tingkatan lima itu mengenai dakwaan jenaka rogol.

Mereka juga merancang untuk turut membawa menteri pendidikan, pengarah jabatan pendidikan Selangor serta pengetua sekolah atas dakwaan gagal melindungi Ain daripada insiden itu.

Guru bernama Khairul Nizam Sanuddin dilaporkan memfailkan saman fitnah terhadap Ain dan bapanya, Saiful Nizam, 42, pada Jumaat lalu.

Peguam dua beranak itu, SN Nair hri ini mengesahkan yang mereka kan memfailkan tindakan undang-undang terhadap guru dan beberapa pihak lain.

“Guru tersebut masih bekerja di bawah kerajaan, jadi sebarang (dakwaan) kesalahan yang dia lakukan, kerajaan bertanggungjawab atas dasar liabiliti vikarius.

“Insiden (didakwa) berlaku ketika pengetua ada. Pengetua patut menyiasat dan mengendalikannya, itu adalah tugasnya,” katanya ketika dihubungi.

Nair juga berkata Ain dan bapanya berhasrat memfailkan saman terhadap guru itu dan pihak lain atas (dakwaan) sengaja mengakibatkan tekanan emosi (tort of intentionally inflicting emotional distress atau IIED).

Dia berkata, IIED secara asasnya adalah satu bentuk tort pengabaian di mana tindakan defendan menyebabkan seseorang mengalami tekanan emosi.

Berkenan saman fitnah yang difailkan guru tersebut, Nair berkata Ain dan bapanya akan diwakili peguam ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, sebelum memfailkan pernyataan pembelaan.

Pengurusan kes bagi saman fitnah adalah esok.

Pada 24 April lalu, Ain memuat naik video di TikTok di mana dia mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka berkenaan rogol ketika sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan, yang mencetuskan kemarahan di media sosial.

Sementara ramai yang menyuarakan sokongan terhadap Ain, ada juga yang membuat kritikan dan ancaman, termasuk ancaman rogol oleh seorang pelajar di kelasnya. Pelajar itu kemudian memohon maaf atas perkara itu.

Khairul Nizam mengemukakan saman atas tiga video TikTok, tiga hantaran Twitter dan beberapa kenyataan lain yang dianggapnya fitnah di antara 23 April dan 26 Jun lalu.

Antara kenyataan yang dianggap plaintif bersifat fitnah oleh Saiful Nizam ialah mesej dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook selain beberapa temu bual media.

Menerusi writ samannya, Khairul Nizam mendakwa ketika sesi pembelajaran pada 23 April, dia telah mengajar berkenaan perlindungan undang-undang untuk kanak-kanak daripada jenayah seksual, serta kaedah mempertahankan diri untuk melawan serangan dan gangguan seksual serta rogol.

-Malaysia Kini

Tags: ain husnizalawak rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd