• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P. Pinang Tidak Rancang Halang Penjualan Arak Di Kedai-kedai

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan untuk menghalang penjualan arak di negeri itu sebagaimana yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kenyataan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga dari Pas, Mohd Yusni Mat Piah berhubung isu penjualan arak di kedai-kedai di negeri itu.

Menurut Zairil, buat masa ini kerajaan negeri tidak membuat perancangan baharu atau apa-apa sekatan tambahan terhadap kedai-kedai yang dibenarkan menjual minuman keras tersebut.

“Untuk kes seperti mana (dibuat) DBKL, buat masa ini kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk menghalang kedai-kedai yang boleh menjual arak,” katanya ketika menjawab persoalan tersebut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Terdahulu, Mohd Yusni dalam soalan tambahannya bertanya sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia mengambil langkah pencegahan dan kawalan penjualan arak seperti dilakukan DBKL.

Mohd Yusni turut membangkitkan mengenai beberapa kejadian kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negeri itu hingga menyebabkan kematian pihak lain.

“Untuk menjawab soalan YB, setahu saya buat masa ni kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan baharu untuk melakukan apa-apa sekatan tambahan.

“Saya rasa ada sedia ada pun (kita) sudah ada undang-undang. Tadi YB bangkitkan isu kemalangan jalan raya dan sebagainya, kita ada Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang khusus (iaitu) Seksyen 44 (1), 45 A (1) yang khusus untuk pemandu yang memandu ketika di bawah pengaruh alkohol,” jelasnya.

Bermula 1 November lalu, DBKL mula menguatkuasakan larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina selepas ditangguhkan selama sebulan.

Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan tetapi hanya bermula pukul 7 pagi hingga 9 malam seperti yang terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Awani-

Tags: arakpenjualan arakPulau Pinang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd