• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

0.5 Peratus Kanak-kanak Di KL Alami Masalah Bantut

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sejumlah 145 daripada 29,060 orang bersamaan 0.5 peratus kanak-kanak di Kuala Lumpur dikesan mengalami masalah bantut antara Januari hingga September tahun ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, seramai 150 orang kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40 dikesan alami masalah itu hasil pengesanan aktif kes harian di semua klinik kesihatan di Kuala Lumpur.

Menurut KKM, faktor ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah di Kuala Lumpur merupakan salah satu punca utama kepada masalah ini.

“Kanak-kanak dari keluarga miskin tegar dan miskin akan diberi bantuan bakul makanan yang bernilai RM200 setiap bulan sehingga mereka pulih.

“Kanak-kanak ini menerima pemeriksaan kesihatan dan status pemakanan secara bulanan semasa lawatan ke klinik kesihatan atau lawatan ke rumah.

“Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak tersebut akan diberi tunjuk ajar kesihatan dan pemakanan seperti demonstrasi masakan dan dirujuk kepada pegawai perubatan dan pakar nutrisi untuk runding cara pemakanan,” memetik jawapan bertulis KKM di Dewan Rakyat.

KKM menjawab soalan Datin Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah bantut dalam kalangan keluarga B40 di Kuala Lumpur dan langkah-langkah yang diambil KKM untuk mengatasi isu itu.

Awani-

Tags: BantutKKMParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.