• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai TLDM Direman Lima Hari Berkaitan Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lagi pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut berpangkat Leftenan Komander ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan suspek yang berumur 39 tahun itu direman sehingga Isnin depan selepas menerima permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah suami kepada seorang daripada pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander yang ditahan reman Selasa lepas.

Selasa lepas, 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota TLDM di Lumut, ditahan reman sehingga 16 Mac, mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lima penjawat awam itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Seksyen 17(a) akta SPRM kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Sembilan orang awam, termasuk seorang wanita, pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta SPRM kerana disyaki memberi suapan.

Menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali antara satu sama lain itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd