• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganti Mohd Rafiq Diumum Dalam Masa Terdekat

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka serta Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah dimaklumkan berhubung perkara itu dan tindakan diambil Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen disifatkan sebagai satu langkah terhormat.

Sehubungan tindakan diambil Mohd Rafiq itu, kata Muhyiddin, membolehkan rombakan Badan Pimpinan Negeri (BPN) dibuat susulan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Datuk Rafiq telah maklumkan dan terbukti semalam benar beliau meletakkan jawatan berundur dan ini (sebenarnya) satu langkah terhormat iaitu memberi laluan supaya kita (parti) dapat buat rombakan Badan Pimpinan Negeri itu.

“Nanti saya akan putuskan siapa yang bakal mengganti ataupun rombakan-rombakan yang lain dalam tempoh beberapa hari ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh kali ke-3 di Dewan Belia Batu 28, Lenga di sini, pada Sabtu.

Terdahulu Mohd Rafiq mengumumkan meletakkan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka dan Pengerusi PN negeri berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, peletakan jawatan itu bagi memberi peluang kepada pemimpin baharu untuk mengetuai Bersatu dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang cukup bagi membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohd Rafiq antara empat Pengerusi parti yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka sabtu minggu lalu.

Beliau hanya meraih 3,979 undi dan tewas dengan majoriti 2,076 di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (6,052).

Turut bertanding ialah calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Asraf Mukhlis Minghat yang memperoleh 3,891 undian dan calon Bebas, Muhammad Ariff Adly Mohammad (153).

Awani-

Tags: BERSATUPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd