PENYANYI terkenal Faizal Tahir telah dipilih menjadi artis pembuka tirai untuk konsert penyanyi British Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 16 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Faizal dipilih selepas melihat kriteria penyanyi itu yang terkenal dengan aksi energatik di atas pentas selain gaya persembahan unik serta mempunyai karisma.
“Faizal tidak pernah mengecewakan peminat sejak dia mula menyertai pertandingan One In A Million beberapa tahun lalu,” memetik sumber mStar.
Ed pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sedang dalam siri konsert jelajahnya di Asia dan penyanyi berusia 24 tahun itu akan menyampaikan lagu seperti Dont, Thinking Out Loud dan Lego House. – MYNEWSHUB.CC


