• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut Dalam Kemalangan Berasingan

oleh Mohd Arshad
24/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Seorang penumpang kereta dan seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di dua tempat berasingan di negeri ini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Kilometer 172.9 Lebuh Raya Utara Selatan, membabitkan sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita.

“Seorang mangsa, iaitu wanita ditemui di bawah lori kontena dipercayai tercampak ketika kemalangan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, seorang lagi mangsa iaitu pemandu berusia 20-an yang tersepit dalam kereta yang remuk itu berjaya dikeluarkan pada jam 3.36 pagi dan cedera ringan.

Beliau berkata, operasi dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang.

Mohamadul berkata, dalam kejadian berasingan di Kilometer 68 lebuh raya sama hari ini, seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

Katanya, kemalangan berlaku jam 7.41 pagi tadi dan operasi disertai anggota dari BBP Guar Chempedak.

-Berita Harian

Tags: kemalangan keretakemalangan motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut, Rakan Parah Motosikal Bertembung Pacuan Empat Roda

Lelaki Maut, Rakan Parah Motosikal Bertembung Pacuan Empat Roda

23/06/2024
0

KENINGAU - Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di...

Remaja 13 Tahun Maut Tercampak Dari Motosikal

21/04/2022
0

ALOR GAJAH : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd