• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasawan Naiki Soyuz Kembali Ke Bumi

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAPE CANAVERAL – Seorang angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia berpindah ke dalam kapsul Soyuz dan beredar meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa selepas hampir enam bulan berada di orbit, lapor Televisyen NASA.

Komander Stesen NASA, Barry “Butch” Wilmore dan jurutera pesawat, Alexander Samokutyaev serta Elena Serova, dari agensi angkasa Russia, Roscosmos, memasuki kapsul Soyuz pada kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan, kapal angkasa yang sama membawa mereka ke orbit pada 25 September lalu.

Kira-kira tiga jam kemudian, Soyuz melepaskan kedudukan mereka dari stesen berkenaan untuk melakukan misi mendarat di Kazakhstan.

“Selamat mendarat. Kami akan merindui anda,” kata komander stesen, Terry Virts.

Virts, yang kini mengambilalih pengendalian di stesen berkenaan daripada Wilmore, akan terus berada di angkasa bersama angkasawan, Anton Shkaplerov dan angkasawan Itali, Samantha Cristoforetti. Mereka dijangka pulang pada pertengahan Mei.

Wilmore bergandingan dengan Virts ketika berjalan di angkasa sebanyak tiga kali pada tempoh antara 21 Februari dan 1 Mac sebagai persiapan untuk membuat tempat parkir bagi dua teksi kapal angkasa komersial yang disewa NASA bagi membawa anak kapal pergi dan kembali dari stesen pada 2017.

Angkasawan NASA dijangka membuat empat lagi perjalanan di angkasa sebelum hujung tahun bagi memasang dok berlabuh baharu dan peralatan lain untuk kapal angkasa. – Reuters

https://youtu.be/olhF_bN1VXU

Tags: angkasawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hantar Tiga Angkasawan Ke Angkasa Lepas

China Hantar Tiga Angkasawan Ke Angkasa Lepas

26/10/2023
0

JIUQUAN: China menghantar tiga angkasawan negara itu ke stesen angkasa Tiangong, hari ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Ia merupakan...

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

04/06/2023
0

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan selamat ke bumi, lapor media kerajaan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd