• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Banduan Samun Wanita Sedang Tunggang Motosikal

oleh Mohd Arshad
22/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT: Dua lelaki menahan dan mengacukan pisau terhadap seorang wanita yang sedang menunggang motosikal secara bersendirian ketika melalui sebuah lorong di Kampung Ana di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang menyebabkan mangsa berusia 43 tahun kerugian RM7,000 apabila rantai tangannya diambil lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud bagaimanapun berkata, seorang daripada dua suspek berjaya ditahan polis pada awal pagi Ahad.

Beliau berkata, suspek terbabit merupakan banduan yang dibebaskan dari penjara pada bulan lalu serta memiliki 17 rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal bersendirian, secara tiba-tiba didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal lain dari arah belakang.

“Suspek bertindak menghalang laluan motosikal mangsa dan pemboncengnya turun menghampiri wanita berkenaan serta mengacukan sebilah pisau.

“Suspek kemudian menarik seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang lagi suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Chabang Empat di sini.

“Siasatan dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada sebuah rumah di sekitar lokasi kejadian.

“Suspek berusia 32 tahun ditahan di Wakaf Bharu.

“Semakan mendapati suspek memiliki 17 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah serta dadah, manakala ujian saringan yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine,” jelas beliau.

Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula Ahad untuk siasatan lanjut.

“Polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata pisau,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: bekas banduankes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biar Negara Bankrap, Yang Penting Imbuhan Kepada Yang Berkhidmat

Next Post

Buat Tuntutan Palsu RM59,520, Empat Kakitangan Rela Didakwa

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Buat Tuntutan Palsu RM59,520, Empat Kakitangan Rela Didakwa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd