• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inovasi Benih Padi IS21 Guna Aruhan Sinar Gama

oleh Mohd Arshad
20/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKINCHAN: Benih padi jenis IS21 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah hasil inovasi menggunakan teknologi nuklear bagi menambah baik baka biak padi.

Penghasilan benih padi IS21 itu menggunakan kaedah mutasi aruhan sinaran gama ke atas tanaman tanaman padi sebagai alternatif kepada prosedur pembaikbakaan konvensional.

Penghasilan benih berkenaan dikatakan sebagai pencapaian terbaik kajian biak baka mutasi padi di negara ini dengan bercirikan agronomi diperlukan seperti hasil tuaian tinggi sehingga 35 peratus, daya tahan terhadap penyakit serta mampu bertahan dalam cuaca kemarau dan banjir.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penyelidikan terhadap benih padi itu bermula pada 2005 menerusi kerjasama institusi pendidikan seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Katanya, selain institusi pendidikan ia turut melibatkan Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian.

“Ujian distinctness, uniformity dan stability bagi varieti ini dijalankan oleh Jabatan Pertanian pada 2015 yang membawa kepada pensijilan Plant Variety Protection.

“Kemudian pada 2016, Agensi Nuklear Malaysia memperoleh dana di bawah program Malaysia Social Innovation atau lebih dikenali dengan MySI yang mana ujian multilokasi (Multi Location Trial) dan ujian penentusahan tempatan (Local Verification Trial) dijalankan bersama komuniti pesawah padi di Pendang, Kedah dan di beberapa lagi lokasi jelapang padi utama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Benih Padi, di sini, hari ini.

Dr. Adham berkata, inovasi benih padi itu diyakini berpotensi meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi para pesawah di seluruh negara.

Terdahulu, Ismail Sabri melancarkan benih padi IS21 yang diyakini mampu meningkatkan hasil tuaian sehingga 67 peratus atau sembilan tan metrik pengeluaran sehektar mengikut kawasan penanaman.

Selain itu kos penanaman seperti penggunaan baja dan racun perosak juga dapat dikurangkan sehingga 20 peratus.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, benih padi yang dihasilkan melalui kaedah inovasi nuklear tersebut mempunyai ketahanan terhadap perubahan cuaca mendadak, tekanan biotik dan abiotik serta pengeluaran hasil cepat berkualiti dari segi zat dan nutrisi.

Justeru, sehingga kini terdapat lebih 15,000 pesawah padi di seluruh negara menerima padi IS21 yang boleh membantu mereka meningkatkan produktiviti lebih tinggi berbanding purata kebangsaan.

“Usaha membangunkan semula benih padi menggunakan teknologi baharu oleh Nuklear Malaysia mula membuka peluang perusahaan dan pekerjaan amat memberangsangkan kepada penduduk Sekinchan dan sekitarnya.

“Ini adalah contoh hasil penyelidikan dari makmal ke pasaran yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti dan nutrisi makanan,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: Benih Padi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Rampas Baja Subsidi, Benih Padi RM150,000

07/03/2019
0

ALOR SETAR - Pihak berkuasa Kedah merampas 33 tan baja bersubsidi dan 100 tan benih padi bernilai RM150,000 dalam satu...

Keperluan Benih Padi Sah Mencukupi Untuk Kawasan MADA

28/10/2018
0

ALOR SETAR - Keperluan benih padi sah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang meliputi kawasan seluas 100,685 hektar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd