• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Virus Berbahaya Kepada Manusia Dikesan Di China

oleh Mohd Arshad
16/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sekumpulan pakar menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan pandemik baharu akan berlaku susulan penemuan 18 virus berisiko tinggi di beberapa buah pasar basah di China, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan pada 12 November lepas,18 virus itu dilaporkan berbahaya kepada manusia dan haiwan.

Menurut kumpulan penyelidik berkenaan, perkara paling membimbangkan adalah virus yang terdapat pada musang. Ia merupakan medium yang membawa koronavirus SARS daripada kelawar kepada manusia di China pada 2002.

Kini, pakar-pakar memberi amaran bahawa spesies hidupan liar yang dijual dan dimakan di pasar-pasar basah China adalah berisiko mencetuskan pandemik.

Meskipun pasukan penyelidik tidak menemui sebarang elemen menyerupai Sars-CoV-2 iaitu virus Covid-19, mereka mendapati bahawa varian yang dibawa oleh kelawar boleh menjangkiti haiwan lain seterusnya berisiko menjangkiti manusia dan mencetuskan wabak berbahaya.

Menurut penulis bersama kajian itu, Profesor Edward Holmes, penyelidikan tersebut mengetengahkan bukti mengapa aktiviti jual beli haiwan hidup di pasar basah boleh diibaratkan seperti ‘pandemik yang bakal berlaku’.

“Kertas kajian ini menunjukkan pada kebiasaannya manusia menularkan virus pada haiwan. Perkara sebaliknya turut berlaku melibatkan virus,” katanya.

Sebelum ini, sebuah pasar basah di Wuhan di mana spesies mamalia , reptilia dan ikan hidup dijual secara terbuka dilaporkan mempunyai hubung kait dengan permulaan wabak koronavirus pada 2019.

Menurut seorang saintis Britain, Dr. Eddie Holmes, pakar-pakar di China sebelum ini telah menyuarakan mengenai risiko virus yang didakwa akan dipindahkan daripada haiwan kepada manusia, lima tahun sebelum pandemik Covid-19 bermula. – AGENSI

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kalau Harimau Rupa Ni…Apa Nasib Dara, Amoi Dan Kelat?

Kalau Harimau Rupa Ni…Apa Nasib Dara, Amoi Dan Kelat?

30/04/2026
0

Oleh Mynewshub  INI rupa harimau di zoo yang sama (Zoo Tennoji) di Jepun yang menempatkan tiga gajah kita, yakni Dara,...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd