• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lindungi Hutan, Bukan Tolong Musnahkan

oleh Cj Mnh
09/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan Selangor agar teru melindungi hutan simpan kekalnya dan mematuhi proses sepatutnya ketika melakukan nyah warta.

Presidennya AG Kalidas berkata, pihaknya “amat khuatir” dengan Exco Selangor Hee Loy Sian yang dilaporkan berkata, sebahagian kawasan hutan simpan di Shah Alam telah “dinyah warta” kerana hak milik tanah telah diberikan kepada pemaju swasta.

Kalidas menggesa kerajaan negeri menegakkan kedaulatan undang-undang dan membangkitkan Seksyen 13(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang menyatakan sebarang pengeluaran kawasan daripada status hutan simpan kekal hendaklah disiarkan dalam warta.

“Selagi hutan simpan kekal tidak dikeluarkan menerusi penerbitan notis dalam warta kerajaan, kawasan itu – dalam kes ini, Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah di Seksyen U10 – terus kekal sebagai hutan simpan kekal.

“Maka, Badan Peguam Malaysia amat khuatir dengan pendirian kerajaan negeri seperti yang disuarakan Hee.

“Kes ini membangkitkan isu perundangan asas. Kerajaan negeri perlu menunjukkan komitmennya terhadap kedaulatan undang-undang. Ia tidak boleh merujuk kepada pendirian de facto (bahawa pemilikan tanah telah diberikan kepada pemaju swasta) sebagai penentu pendirian de jure (yang sah di sisi undang-undang).

“Kenyataan bahawa pengeluaran dibuat oleh pentadbiran sebelumnya tidak memberi jawapan kepada orang awam yang bimbang dengan isu ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mynewshub

Justeru, kata Kalidas, pihaknya menggesa semua kerajaan negeri agar mengendalikan sebarang pengeluaran status hutan simpan kekal secara berhemat dan berwaspada untuk melindungi hak asasi manusia pada masa ini dan generasi akan datang.

“Kerajaan negeri perlu menjadi pelindung alam sekitar, bukannya pemudah cara kepada kemusnahannya. Jika proses sewajarnya dalam pengeluaran status hutan simpan kekal tidak dipatuhi, kerajaan negeri pelru mengambil pendirian yang statusnya kekal dilindungi,” katanya lagi.

Dia berkata demikian ketika mengulas laporan The Star pada 23 Oktober lalu yang memetik Hee sebagai berkata, “jika plot tanah yang dimaksudkan tidak dinyah warta, pemilikan tanah tidak akan diberikan.”

Hee berkata demikian ketika menjawab kenyataan NGO Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) bahawa bahagian dalam Hutan Simpan Bukit Cherakah yang akan dibangunkan masih boleh menjadi sebahagian hutan simpan kerana ketiadaan notis Warta Kerajaan Negeri.

Dalam kenyataan sebelumnya, Hee berkata nyah warta kawasan itu dibuat pada 2006 dan pihak yang membantahnya patut membangkitkan soal ketiadaan notis itu kepada pentadbiran BN pada masa itu. –MALAYSIAKINI

Nyahwarta Hutan Simpan, Mustahil PH Selangor Tak Tahu

Tags: Bukit Cherakah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 NGO Gagal Cabar Penyahwartaan Bukit Cherakah

2 NGO Gagal Cabar Penyahwartaan Bukit Cherakah

24/01/2024
0

PUTRAJAYA: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gagal dalam rayuan mereka untuk memperoleh kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd