• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Zulfarhan: MMC Akan Teliti Penghakiman Mahkamah

oleh Mohd Arshad
05/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akan meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnian dan menentukan sama ada sebarang penambahbaikan boleh dibuat kepada kod etika profesional mereka.

Presiden MMC Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian selepas mahkamah mendapati penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah membunuh Zulfarhan yang juga rakan sepengajian mereka.

Hakim turut membangkitkan persoalan doktor yang merawat Zulfarhan pada peringkat awal kerana tidak memaklumkan keadaan mangsa kepada pihak berkuasa.

“Ketika ini, doktor perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan Kod Kelakuan Profesional dan Amalan Perubatan Baik, yang mencukupi untuk memastikan amalan selamat dan beretika.

“Bagaimanapun, MMC akan meneliti penghakiman mahkamah untuk melihat sama ada sebarang penambahbaikan boleh dilakukan atau tidak,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod MMC merupakan badan yang mengawal isu etika dan salah laku profesional melibatkan pengamal perubatan di negara ini.

Berdasarkan keterangan di mahkamah Zulfarhan telah diseksa sekumpulan penuntut UPNM sebelum dia dibawa ke klinik swasta – dan bukannya hospital – kerana bimbang pihak berkuasa akan mengetahui apa yang berlaku.

Hakim Azman Abdullah berkata Zulfarhan mungkin dapat diselamatkan sekiranya doktor di klinik berkenaan mengesan adanya tanda-tanda penyeksaan ketika merawat mangsa.

“Doktor tidak sepatutnya menutup mata dan percaya si mati terlibat dalam letupan semasa latihan sehingga dia melecur di seluruh badannya, termasuk zakarnya, tetapi tidak mempunyai sebarang kesan di muka,” kata hakim itu.

Mahkamah memutuskan bahawa Zulfarhan telah meninggal dunia akibat penyeksaan yang dialaminya tetapi mendapati pembunuhan itu tidak dirancang.

Dia meninggal dunia akibat 90 luka melecur akibat seterika wap yang digunakan oleh enam tertuduh – Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali kesemuanya – pada 2017.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah membunuh tanpa niat. – MALAYSIAKINI

Zulfarhan: Doktor Boleh Campur Tangan Bantu Mangsa – MMA

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Ada 90 Tekapan Seterika Wap Di Badan Zulfarhan Sebabkan Kematian

Tags: zulfarhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zulfarhan: Doktor Boleh Campur Tangan Bantu Mangsa – MMA

05/11/2021
0

Doktor boleh bertindak bagi pihak pesakit sekiranya mereka dipercayai didera, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Presiden MMA Koh Kar Chai...

Ada 90 Tekapan Seterika Wap Di Badan Zulfarhan Sebabkan Kematian

03/11/2021
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd