• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Individu ‘Permain’ Ibadah Umrah Untuk Sertai IS

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesan dua individu yang disyaki menggunakan alasan hendak mengerjakan ibadah umrah sebelum menyertai kumpulan militan IS.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka menggunakan agensi umrah bertujuan memudahkan pergerakan serta mengaburi pihak berkuasa.

“Setakat ini kami kesan dua kes yang mana mereka gunakan alasan untuk mengerjakan umrah tetapi hakikatnya untuk menyertai IS.

“Mereka ini pergi bukan untuk tujuan agama dan berjihad pun…bayangkan kalau ibadah umrah mereka boleh permainkan,” katanya.

Ditemui pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah polis terbaik Op Selamat 6/2015 bersempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini, Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti individu berkenaan.

Khalid seterusnya berkata polis setakat ini percaya agensi umrah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan penglibatan individu terbabit dalam IS.

Menurutnya, perkara itu perlu diatasi secara holistik termasuk melalui aspek perundangan.

Beliau berkata polis mengenal pasti lebih 50 rakyat Malaysia yang berada di Syria menyertai IS manakala lebih 70 lagi ditahan termasuk mereka yang cuba meninggalkan negara ini dan yang telah kembali semula ke tanah air.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin baru-baru ini mendedahkan terdapat individu yang merancang menyertai IS melalui ibadah umrah, dan maklumat itu diperoleh hasil perkongsian maklumat dengan negara-negara tertentu termasuk anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis akan memanggil Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy berhubung kenyataan berbaur perkauman di laman sosial.

“Saya dimaklumkan itu adalah Twitter lama, tetapi kami tetap akan siasat sama ada itu tweet lama atau baharu. Kami akan panggil dia dan siasat dahulu,” katanya.

Khalid berkata pemimpin masyarakat perlu lebih berhati-hati sebelum membuat kenyataan khususnya di laman sosial memandangkan mereka mempunyai pengikut.

“Mereka ini ada pengikut jadi kenalah lebih berhati-hati… bimbang kalau-kalau berlaku kekecohan sekiranya ia disalah tafsir oleh pengikut,” katanya.

– BERNAMA

Tags: ISumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd