• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Ke Sekolah Tanpa Penggiliran Tertakluk Kepada Kajian, Analisis

oleh Mohd Arshad
03/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Beliau berkata pada masa ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sekolah yang telah mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 Nov ini.

“Dalam konteks ini, kita tidak buat keputusan secara semberono nak bawa masuk mana-mana kumpulan (ke sekolah) sehinggalah kita duduk berbincang dengan KKM, MKN dengan mengambil kira keadaan semasa.

Sekiranya keadaan mengizinkan maka akan ada lagi kumpulan lain mungkin akan dimasukkan tanpa penggiliran.

“Namun ia tertakluk kepada kajian dan analisis sedang dilaksanakan pihak kementerian.

Sebaiknya memanglah kita di pihak kementerian tak nak ada penggiliran, namun keadaan pada waktu ini memerlukan untuk diadakan penggiliran sehinggalah sampai satu ketika kita bincang dengan KKM rasa lebih selamat, insya-Allah kita buat tanpa penggiliran bila sampai masanya,” katanya.

Radzi berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Yayasan Didik Negara oleh Farm Fresh Milk Sdn Bhd di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan pembukaan sekolah, beliau berkata secara keseluruhan ia berjalan lancar dan kehadiran pelajar ke sekolah menunjukkan peningkatan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Jika kita lihat secara keseluruhannya, ia satu perancangan yang cukup teliti.

Kita buka (sekolah) sedikit demi sedikit bagi memastikan kita dapat memantau keadaan supaya garis panduan yang telah ditetapkan itu dapat dipatuhi dengan baik.

“Alhamdulillah jika kita lihat sehingga hari ini dengan kemasukan terbaharu lebih 1.3 juta murid segalanya berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya.

Menurutnya setakat ini tidak ada perkara berbangkit berkaitan pembukaan sekolah dan melihat kepada jumlah kehadiran yang baik di sekolah serta pengoperasian pada waktu ini, beliau yakin ia akan memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Bernama-

Tags: sistem penggiliran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem Penggiliran Boleh Tamat Bila-bila Masa – Radzi Jidin

07/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Sistem penggiliran bagi sekolah rendah lebih 600 orang dijangka boleh ditamatkan pada bila-bila masa berbanding menetapkan sasaran kadar...

Sistem Giliran Kemuka Soalan Lisan Bersifat Lebih Adil

25/09/2018
0

SEREMBAN – Sistem penggiliran dalam mengemukakan soalan lisan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersifat lebih adil bagi pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd