• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cemburu, Gaduh, Bunuh

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Cemburu dipercayai mendorong seorang penganggur yang juga Orang Pengawasan Polis (OPP) membunuh teman wanitanya sebelum menanam mayat mangsa di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan Jumaat lalu susulan penemuan rangka wanita berkenaan, dua hari sebelumnya.

Mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibungkus dengan kain lalu ditanam di kawasan berhampiran manakala tulang kakinya ditemui seorang lelaki di tepi Sungai Jebong, Rabu lalu.

Beliau berkata, selepas disoal siasat, suspek mengaku bergaduh dengan teman wanita berusia 31 tahun itu sebelum memukulnya sehingga mati di sebuah rumah.

“Motif kejadian dipercayai cemburu kerana wanita itu dikatakan mempunyai hubungan dengan orang lain sehingga menyebabkan pertelingkahan.

“Suspek membawa polis ke lokasi teman wanitanya ditanam dan mangsa dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lalu, berdasarkan keadaan tubuh dari kepala hingga paras pinggang sudah mereput sepenuhnya,” katanya di sini, hari ini.

Anuar berkata, suspek turut didapati melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Beliau berkata, suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula semalam hingga 6 November ini manakala kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengetahui punca kematian, tetapi belum dikenal pasti,” katanya.

BHarian-

Tags: cemburukes pembunuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Individu Dakwa Ganggu Calon Temu Duga, Tular Di Media Sosial

Isteri Individu Dakwa Ganggu Calon Temu Duga, Tular Di Media Sosial

10/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang calon temu duga mendakwa menerima mesej berunsur ugutan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kepada...

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

22/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama kejadian simbah asid membabitkan pengusaha spa di Bachok, Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd