• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Wanita Bas Rapid KL Terima Penghargaan PDRM

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu wanita bas Rapid KL, Surahyu Abu Hussein, 44, antara mereka yang menerima surat penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana diiktiraf sebagai pemandu berhemah bersempena Kempen Ops Selamat 6/2015.

Rapid Bus Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan media memberitahu, seorang lagi pemandu bas Rapid KL yang menerima anugerah itu ialah Lee Chan Heng, berusia 50 tahun.

“Menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Surahyu dan Chan Heng antara 15 penerima anugerah untuk program Pengguna Jalan Raya Berhemah yang meliputi pemandu bas dan kereta serta penunggang motosikal,” kata kenyataan itu hari ini.

Surahyu yang merupakan ibu kepada tiga anak dalam kenyataan sama menjelaskan, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip, pemandu bas merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana membantu orang ramai menyempurnakan urusan mereka.

Justeru, katanya, beliau berasa bangga melakukan pekerjaan tersebut tetapi mengakui bekerja sebagai pemandu bas mempunyai banyak cabaran termasuk dimarahi oleh penumpang.

“Masalah terbesar adalah para pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Banyak yang memandu seperi tiada undang-undang, mengubah lorong sesuka hati, meletak kereta sesuka hati di bahu jalan, berhenti di petak kuning atau menggunakan lorong kecemasan.

“Akibatnya, keadaan lalu lintas menjadi sesak dan kereta semua susah nak jalan. Apabila bas lambat, kita yang memandu bas menjadi sasaran kemarahan para penumpang. Selalu kena maki hamun. Kita bersabar sahaja,” katanya.

Chan Heng turut memaklumkan cabaran serupa dihadapinya tetapi tetap berbangga dengan pekerjaan itu kerana dapat menolong ramai orang.

“Banyak juga pelanggan yang menghargai kita sebagai pemandu bas. Naik bas, dia orang tegur kita dengan baik. Tetapi, ada juga yang suka marah-marah. Ini semua kita perlu hadapi setiap hari,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: pemandurapid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd